8.2.17

Modul Psikososial(Positif Ambik,Negatif Buang)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Anda sihat? senyum-senyum selalu. Ok hari ni cikgu laksana bimbingan di kelas.

Modul Bimbingan : Psikososial
Tajuk: Positif Ambik,Negatif Buang
Tahun : 6 Bestari

Bahan : Mangkuk polisterin, pen/pensil/pensil warna
Objektif :    -Murid memahami istilah "menerima tanpa syarat"
                   -Menyemai perasaan hormat pada pandangan orang lain 
Langkah: 

1-Guru bersedia dengan bahan-bahan iaitu mangkuk polisterin.
2-Guru membahagikan terlebih dahulu murid dengan membentuk kumpulan yang besar. Tujuannya mudah iaitu nak mangkuk itu berpusing tepat dan tiada yang tertinggal. Jika ada 27 orang murid maka 26 orang akan menulis(tolak diri sendiri).
3-Guru mengedarkan mangkuk kepada semua murid.
4-Barulah guru menerangkan objektif aktiviti bimbingan hari ini. Terangkan pada murid fungsi mangkuk tersebut. Bahagian dalam mangkuk murid perlu tulis sikap yang positif dan luar mangkuk murid perlu tulis sikap negatif.
5-Minta murid jujur dan tulis yang benar kerana tiada sesiapa yang tahu siapa yang tulis memandangkan mangkuk akan berpusing 26 kali. 

6-Guru minta murid tulis nama mereka di dalam mangkuk bahagian tengah. Jadi apabila murid menerima mangkuk rakan, perkara pertama yang perlu mereka buat ialah lihat nama dahulu. Kemudian baru fikir untuk menulis positif dan negatif.
7-Guru bertindak memastikan perjalanan lancar dengan mengatakan "NEXT" untuk murid memberi mangkuk kepada rakan sebelah dan menerima mangkuk dari rakan sebelah. Guru mulakan dengan pergerakan ke kanan. Hingga selesai bermaksud murid itu akan menerima mangkuk nama mereka sendiri.
8-Setelah selesai, guru minta murid membaca komen rakan-rakan mereka. Guru rasionalkan murid dengan objektif aktiviti ini kembali. 





1 ulasan: