14.3.17

PENANDA BUKU BIRTHDAY FLOURISH SKBM

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga sihat-sihat hendaknya. Sekarang cikgu sedang buat penanda buku. Untuk diedar kepada 171 murid dan 18 guru yang sambut hari jadi bulan januari hingga april.

Cikgu tak pandai, jadi dapat buat penanda buku yang ringkas saja. Tinggal esok nak print, laminated dan gunting. Harapnya majlis berjalan lancar. Ini penanda buku yang cikgu buat.

Read More...

13.3.17

Buku Modul LDK Mudah Lagi Seronok

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah syukur kita masih diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup menikmati kehidupan di dunia ini. Moga hari kita esok lebih baik.

Hari ini cikgu nak kongsikan kepada semua Buku Modul LDK Mudah Lagi Seronok yang sangat ohsem. Buku yang sesuai digunakan oleh para guru bimbingan kaunseling juga guru-guru akademik yang lain. Ha, mahasiswa kat U tu yang bakal jadi guru pun boleh.

Buku ini comel, boleh dibawa kemana sahaja! Harga yang murah siap diskaun lagi!

Pastinya aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam buku ini telah terbukti kerana telah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum dicetak. Aktiviti dalam buku ini boleh dibuat dalam kelas, dalam aktiviti kelompok, dalam ceramah, dalam LDK dan bersama anak-anak di rumah.

Buku ini menjadikan anda guru yang menarik di mata murid anda! Murid pasti teruja menunggu kehadiran anda ke kelas merea! Percayalah!

Boleh hubungi saya untuk dapatkannya ya di talian 0197202374.







Read More...

3.3.17

Perjumpaan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Ke 2-2017

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Harini perjumpaan kedua bersama ahli-ahli kelab pembimbing rakan sebaya. Cikgu dan seorang guru kelab dah rancang nak buat latihan tulisan menggunakan lilin. Tujuannya nak mencuba sama ada jadi atau tidak kaedah itu. Sebab cikgu nak buat untuk Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah nanti.

Kami ajar murid untuk tulisan mudah je iaitu DADAH.

Alatan: lilin, kaler warna, air, pensil, kertas putih

Langkah:
1-Murid melakar huruf besar dengan perkataan DADAH. Tulisan besar yang dalamnya ada ruangan kosong untuk warnakan.
2-Dah siap, murid ambil lilin dan goreskan di dalam perkataan dadah yang cikgu katakan tadi, di ruangan kosong dalam huruf tu. Ibarat macam mewarna huruf tu lah.Pastikan tekan betul-betul lilinya baru menjadi.
3- Dah siap, ambil air dan bancuh dengan kaler warna. Jangan pekat. Cair saja
4-Beruskan warna air tu di atas kertas putih. Warnakan keseluruhan. Jangan takut.
5-Nanti tulisan yang ada lilin dia tak serap kaler air tu. Bila kita biarkan atau jemur nanti tulisan di lilin timbul.

Haaa... dah cuba, alhamdulillah menjadi anak-anak kelab buat. Nanti bolehlah cikgu buat pula kat kertas mahjong besar dengan perkataan MINGGU ANTI DADAH 2017. Tak sabar nak buat .



















Read More...

Perjumpaan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Kali-1, 2017

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.
 Harini ini diadakan perjumpaan Kali Pertama kelab pembimbing rakan sebaya. Mula-mula tu terkejut juga sebab ahli cikgu semua muka baru. Rupanya penyelaras kelab dah rombak semula semua kelab-kelab dan bahagi jumlah ahli sama adil, maka dirombaknya terus ahli-ahlinya. Frust juga cikgu sebab kita dah didik dan ajar ahli kita dengan macam-macam perkara. Tapi takpalah.

Untuk perjumpaan kali pertama ini sesi memperkenalkan diri guru kelab dan ahli-ahli baharu. Cikgu ada 21 orang ahli kelab. Lepas dah kenalkan diri, pemilihan AJK dibuat. Jadinya perjumpaan kali ni untuk buat pemilihan AJK yang utama. Dan diakhiri dengan makluman aktiviti-aktiviti kelab sepanjang tahun 2017 ini.



Read More...