3.3.17

Perjumpaan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Kali-1, 2017

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.
 Harini ini diadakan perjumpaan Kali Pertama kelab pembimbing rakan sebaya. Mula-mula tu terkejut juga sebab ahli cikgu semua muka baru. Rupanya penyelaras kelab dah rombak semula semua kelab-kelab dan bahagi jumlah ahli sama adil, maka dirombaknya terus ahli-ahlinya. Frust juga cikgu sebab kita dah didik dan ajar ahli kita dengan macam-macam perkara. Tapi takpalah.

Untuk perjumpaan kali pertama ini sesi memperkenalkan diri guru kelab dan ahli-ahli baharu. Cikgu ada 21 orang ahli kelab. Lepas dah kenalkan diri, pemilihan AJK dibuat. Jadinya perjumpaan kali ni untuk buat pemilihan AJK yang utama. Dan diakhiri dengan makluman aktiviti-aktiviti kelab sepanjang tahun 2017 ini.



Tiada ulasan:

Catat Komen