3.3.17

Perjumpaan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Ke 2-2017

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Harini perjumpaan kedua bersama ahli-ahli kelab pembimbing rakan sebaya. Cikgu dan seorang guru kelab dah rancang nak buat latihan tulisan menggunakan lilin. Tujuannya nak mencuba sama ada jadi atau tidak kaedah itu. Sebab cikgu nak buat untuk Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah nanti.

Kami ajar murid untuk tulisan mudah je iaitu DADAH.

Alatan: lilin, kaler warna, air, pensil, kertas putih

Langkah:
1-Murid melakar huruf besar dengan perkataan DADAH. Tulisan besar yang dalamnya ada ruangan kosong untuk warnakan.
2-Dah siap, murid ambil lilin dan goreskan di dalam perkataan dadah yang cikgu katakan tadi, di ruangan kosong dalam huruf tu. Ibarat macam mewarna huruf tu lah.Pastikan tekan betul-betul lilinya baru menjadi.
3- Dah siap, ambil air dan bancuh dengan kaler warna. Jangan pekat. Cair saja
4-Beruskan warna air tu di atas kertas putih. Warnakan keseluruhan. Jangan takut.
5-Nanti tulisan yang ada lilin dia tak serap kaler air tu. Bila kita biarkan atau jemur nanti tulisan di lilin timbul.

Haaa... dah cuba, alhamdulillah menjadi anak-anak kelab buat. Nanti bolehlah cikgu buat pula kat kertas mahjong besar dengan perkataan MINGGU ANTI DADAH 2017. Tak sabar nak buat .



















Tiada ulasan:

Catat Komen