8.4.17

Modul Akademik -Galah Panjang Target Akademik

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah, moga kita semua terus sihat ya.

Hari ini cikgu laksanakan kelas bimbingan bersama anak-anak tahun 6 Arif. Seronok tau! Biasa kan kita terangkan pada murid lepas UPSR ambil PT3, kemudian SPM, kemudian STPM/Matrikulasi/Kolej, kemudian U...nak bagi terang lagi dan nak murid buat pilihan sendiri tahap mana mereka mahu.

Sebab ada yang lepas SPM terus kerja, tak mahu belajar, ada yang habis PT3 pun tak nak sambung belajar nak ambil kemahiran. Kan ada sekarang kemahiran yang lepas PT3 pun diterima. Jadi cikgu fikirkan permainan yang murid boleh laksana dan pilih tahap mana mereka mahu. Sudah pasti ada halangan nak capai impian mereka tu. Dan yang sesuai ialah main belon acah atau orang panggil juga galah panjang.

Modul Bimbingan. : Akademik
Tajuk : Galah Panjang Target Akademik
Kelas : 6 Arif
Objektif: Murid mampu merancang/memikirkan hala tuju masa depan 
Murid sedar wujudnya halangan dalam mencapai kejayaan


Langkah:
1-Murid dibahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan.
2-Guru menerangkan tahap-tahap akademik iaitu dari UPSR ambil PT3, kemudian SPM, kemudian STPM/Matrikulasi/Kolej, kemudian U. Guru juga kaitkan kehidupan sesaorang ada pilihan. Perlu pilih untuk meneruskan kehidupan. Pilihan ditangan sendiri. Dan jangan lupa kaitkan ujian/halangan pasti ada bila nak capai dan kejar impian.
3-Beri penerangan cara bermain galah panjang. Murid perlu pilih tahap mana mereka mahu contohnya nak ke Universiti jadi mereka perlu melalui dan melepasi halangan hingga berjaya sampai ke petak U. Jika tak berjaya dan gagal pada kotak tertentu mereka perlu duduk sahaja di kotak tersebut.
4-Dulukan murid lelaki, panggil 5-6 murid lelaki dan pakaian / gantungkan perkataan seperti di gambar.Susun kedudukan murid di petak galah panjang bermula dari bawah ke atas.
5-Bila selesai pelajar lelaki akan bermain belon acah seperti biasa.
6-Gilirkan pula murid perempuan
7-Buat rumusan dan rasionalkan murid.







Tiada ulasan:

Catat Komen