8.4.17

Modul Bimbingan Akademik- Jom Atasi Cabaran/Rintangan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu doakan pembaca semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Hari ini cikgu laksana bimbingan bersama murid kelas 6 Bestari.

Modul Bimbingan : Akademik
Tajuk : Jom Atasi Cabaran / Rintangan
Objektif : Murid berupaya menghadapi risiko
Kelas 6 Bestari


Langkah:
1-Guru bercerita tentang ketakutan. Takut pada sesuatu seperti binatang, bulu, tempat tinggi, kegelapan, bunyi. Juga takut nak beri jawapan atau pegang amanah yang diberi dalam kerja. 
2-Guru bersoal jawab dengan murid 
   adakah murid berani?
   adakah murid takut pada ujian/halangan?
3-Guru cuba mencabar murid. Agar sedia dan tekadkan diri untuk tidak takut. 
4-Guru Arahkan setiap orang murid datang ke hadapan untuk masukkan pedang kedalam tong. Pedang yang mencucuk tong yang gagal bilamana objek patung itu melompat keluar. Murid yang gagal itu akan didenda dan dendanya akan diarahkan oleh rakan-rakan kelas. contohnya menyanyi. 
4-Di sini guru perlu mengasak murid dengan soalan-soalan negatif dan soalan peneguhan potif ketika murid mencucuk pedang. Lakukan sebanyak 5 kali pusingan.
5-Buat rumusan.



Tiada ulasan:

Catat Komen