8.4.17

Modul Bimbingan Kerjaya- Dunia Chef

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi.

Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas 4 Arif. Cikgu pilih bimbingan kerjaya. Sebelum masuk ke kelas tadi cikgu siapkan dulu topi chef. Hari ini cikgu nak jadi chef. Tak percaya ke?

Modul Bimbingan: Kerjaya
Tajuk: Dunia Chef
kelas: 4 Arif
Objektif: Murid didedahkan dengan pekerjaan sebagai seorang Chef.


Langkah:
1-Guru masuk ke kelas dengan memakai topi chef.
2-Guru bertanya apakah pekerjaan yang dapat digambarkan oleh murid kepada cikgu dengan memakai topi itu.
3-Guru edar kertas pada murid dan minta murid hasilkan topi chef.
4-Setelah siap minta murid pakai topi chef
5-Panggil murid untuk ke hadapan . Murid pusingkan roda dan apabila jarum berhenti ada soalan di atas roda. Minta murid jawab soalan tersebut. Contohnya jarum berhenti di TEMPAT. jadi murid kena jawab tempat bekerja bagi seorang chef.
6-panggil dalam 10 orang murid untuk buat roda kerjaya ini.








Tiada ulasan:

Catat Komen