8.4.17

Modul Bimbingan Kerjaya-Peta Maklumat Kerjaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih boleh bersemuka di alam maya.

Hari ini cikgu laksana bimbingan di kelas 6 Cerdas. Cikgu buat bimbingan kerjaya. Nak tahu tahap pengetahuan murid. Berapa banyak pekerjaan yang mereka tahu.

Modul Bimbingan : Kerjaya
Tajuk : Peta Maklumat Kerjaya
Tahun: 6 cerdas

Objektif: Murid didedahkan dengan pelbagai jenis pekerjaan

Langkah:
1-Guru hanya menyebut tentang 2,3 pekerjaan sahaja. 
2-Guru bersoal jawab dengan murid. Berapa ramai yang tahu nama-nama pekerjaan.
3-Guru edar Peta maklumat Kerjaya. dua orang murid untuk 1 borang. 
4-Guru minta murid baca peraturan yang ada di dalam Peta maklumat kerjaya tu. 
5-Guru minta murid berbincang dengan rakan berdua nama pekerjaan beruniform dan tidak beruniform. Masa diberi 30 minit. 
6-Setelah siap minta murid bagi setiap pasangan itu berdiri dan baca nama-nama pekerjaan yang mereka tulis. Berlaku perbincangan. 
7-Rumusan.




Tiada ulasan:

Catat Komen