15.5.17

Modul Bimbingan Kerjaya-Dam Kerjaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah syukur kerana kita ditemukan kembali di alam maya ini.

Hari ini cikgu buat bimbingan bersama murid-murid tahun 5 Arif. Cikgu pilih untuk buat bimbingan kerjaya seperti butiran di bawah:

Modul Bimbingan: Kerjaya
Tajuk : Dam Kerjaya + 50 Kad Soalan Kerjaya
Tahun: 5 Arif
Obketif: Murid didedahkan dengan 50 jenis pekerjaan

Langkah:
1-Guru menghaparkan dam kerjaya.
2-Guru memberi penerangan aktiviti dam kerjaya kepada murid.
3-Guru bahagia beberapa kumpulan. 1 kumpulan 10 orang.
4-Guru meminta murid mencabut kad soalan secara laju. Minta murid baca soalan . Murid cari jawapan dengan bergerak bermula dari petak 1 hingga menemui jawapan pekerjaan yang dimaksudkan oleh kad soalan.
5-Murid bergilir-gilir mencabut kad soalan.
6-Apabila 10 orang selesai. Murid yang sama akan mencabut kad lain hingga 10 orang murid mendapat 50 pekerjaan.
7-Gilirkan pula kepada kumpulan lain hingga selesai.
8-Dalam masa yang sama guru memainkan peranan dengan push murid menggunakan peneguhan-peneguhan seperti  "Adakah betul awak berdiri di petak no 8? sesiapa sahaja boleh jual bunga, apa pekerjaan yang sesuai? pekerjaan ini mesti mahir dalam matematik" dan lain-lain sambil didengar oleh kumpulan lain.
9-Bila sudah selesaikan rasionalkan aktiviti dan objektif yang hendak dicapai.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan