4.10.17

Dam Kerjaya Di SK Lepau

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Alhamdulillah bertemu kembali untuk saling berkongsi bimbingan bersama murid.

Kali ini cikgu berkongsi Dunia Kerjaya bersama murid-murid di SK Lepau. Cikgu bawakan bimbingan Dam Kerjaya dan cikgu tambah lagi dengan baju-baju kerjaya. Wahhhhhh...sambil laksana dam kerjaya murid memakai baju pekerjaan. Sukanya!!!!

Berebut-rebut memilih baju apa nak pakai. Barulah rasa seperti berada di dunia kerjaya yang sebenar!

Kemudian cikgu tambah sikit lagi aktiviti Puzzle Kerjaya bagi memperkuatkan lagi penggunaan dam kerjaya. Habis je mereka laksana dam kerjaya mereka akan lari untuk siapkan Puzzle kerjaya pula berdasarkan soalan yang diberi.

Modul Bimbingan: Kerjaya
Tajuk : Dam Kerjaya + 50 Kad Soalan Kerjaya
Tahun: 5 Arif
Obketif: Murid didedahkan dengan 50 jenis pekerjaan

Langkah:
1-Guru menghaparkan dam kerjaya.
2-Guru memberi penerangan aktiviti dam kerjaya kepada murid.
3-Guru bahagia beberapa kumpulan. 1 kumpulan 10 orang.
4-Guru meminta murid mencabut kad soalan secara laju. Minta murid baca soalan . Murid cari jawapan dengan bergerak bermula dari petak 1 hingga menemui jawapan pekerjaan yang dimaksudkan oleh kad soalan.
5-Murid bergilir-gilir mencabut kad soalan.
6-Apabila 10 orang selesai. Murid yang sama akan mencabut kad lain hingga 10 orang murid mendapat 50 pekerjaan.
7-Gilirkan pula kepada kumpulan lain hingga selesai.
8-Dalam masa yang sama guru memainkan peranan dengan push murid menggunakan peneguhan-peneguhan seperti  "Adakah betul awak berdiri di petak no 8? sesiapa sahaja boleh jual bunga, apa pekerjaan yang sesuai? pekerjaan ini mesti mahir dalam matematik" dan lain-lain sambil didengar oleh kumpulan lain.
9-Bila sudah selesaikan rasionalkan aktiviti dan objektif yang hendak dicapai.










Tiada ulasan:

Catat Komen