4.10.17

Modul Psikososial (Kad Soalan & Puzzle 12 Nilai Murni)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu laksana bimbingan bersama anak-anak syurga cikgu. Untuk hari ini cikgu buat bimbingan nilai-nilai murni.Jika semalam cikgu buat bersama murid tahun 4, hari ini cikgu buat bimbingan yang sama bersama anak-anak tahun 5. Boleh nampak tahap perkembangan mereka.

Maksudnya bila bimbingan ini dilaksana bersama anak-anak tahun 5, mereka dapat mencapai 11 nilai murni. Semalam murid tahun 4 paling banyak mereka dapat capai 7 nilai murni.  Jom kita tengok.

Modul : Psikososial n Kesejahteraan Mental
Tajuk: Kad Soalan & Puzzle 12 Nilai Murni
Tahun: 5 Arif
Objektif: Menguji KBAT 
Murid didedahkan dengan 12 nilai-nilai murni


Langkah:
1-Guru memanggil seorang murid dan minta murid lakonkan watak sedang menyapu.Guru bertanya kepada murid-murid lain apakah nilai murni yang ditunjukkan. 
2-Guru menyoal murid beberapa soalan berdasarkan contoh ayat dan melihat sama ada murid boleh meneka nilai murni yang sesuai dengan soalan yang diberi.
3-Guru bagi kumpulan dan menyerahkan setiap kumpulan 1 kad soalan dan 1 set puzzle.
4-Minta murid membaca soalan dalam kumpulan dan bersama-sama meneka nilai murni yang dimaksudkan. Kemudian murid akan mencantumkan huruf bagi membina nama nilai murni tersebut.
5-Jika ada nilai murni yang salah, murid tidak akan dapat membina 12 nilai murni kerana puzzle yang disediakan memang mencukupi untuk menghasilkan 12 nama nilai murni berdasarkan 12 soalan. 











Tiada ulasan:

Catat Komen