16.12.17

Bracelet motivation (Gelang Motivasi)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cuti sekolah ni ada banyak idea nak buat BBM Bimbingan. Hari ni nak kongsi bracelet motivation (gelang motivasi).

Gelang ni boleh dibuat bimbingan dalam kelas tau. Cikgu buat rombak perkataan-perkataan ni jadi setiap murid akan dapat gelang yang berlainan. Mereka perlu berkelakuan / bersikap / menunjukkan keperibadian/ perwatakan seperti yang ditulis pada gelang tu.

Contoh kalau dapat gelang tulis HARI INI SAYA SENYUM! maka sepanjang hari dalam kelas murid tu kena rajin senyum. hihihihih.....  mari ajari murid kita dengan perwatakan yang baik sepanjang hari..


Tiada ulasan:

Catat Komen